PETALING JAYA: Syarikat insurans antarabangsa bolttech dengan kerjasama Tune Protect Group (Tune Protect) melancarkan generasi baharu penyelesaian perlindungan peranti dan perkhidmatan sokongan di Malaysia. Melalui jalinan kerjasama strategik tersebut kedua-dua syarikat menyasar untuk menawarkan pelanggan pengalaman yang mudah dan lancar untuk penyelesaian perlindungan peranti. Menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat tersebut, data terkini mendedahkan bahawa kadar penembusan pengguna telefon pintar di Malaysia menunjukkan peningkatan berterusan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini…