Syarikat China termasuk Malaysia dalam senarai amaran AS

Syarikat China termasuk Malaysia dalam senarai amaran AS

CHINA amat kesal dan menentang tindakan AS menyalahgunakan langkah kawalan eksport. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Khamis menyenaraikan 14 syarikat China dalam senarai amaran, memaksa pengeksport Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah wajar sebelum menghantar barangan disebabkan pegawai AS tidak dapat memeriksa entiti tersenarai.

Memetik laporan Reuters, syarikat yang ditambah dalam senarai amaran berkenaan berpotensi dikenakan penalti yang lebih berat dalam tempoh 60 hari.

Timbalan Setiausaha Perdagangan AS, Don Graves berkata, penguatkuasaan kawalan eksport AS amat penting dalam melindungi keselamatan negara berkenaan.

“Kami komited untuk menggunakan semua alat yang kami gunakan bagi menentukan kaeda teknologi AS yang canggih digunakan di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan susulan pengumuman berkenaan.

ECOM International dan HK P&W Industry Co Ltd merupakan antara 14 syarikat yang disenaraikan AS, namun kedua-duan syarikat berkenaan tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas insiden tersebut.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan China di Washington berkata, China amat kesal dan menentang tindakan AS menyalahgunakan langkah kawalan eksport dan menggunakan kuasa negaranya menindas serta membendung syarikat asing.

“AS harus segera menghentikan amalan salahnya. China akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat China dengan tegas,” katanya,

AS telah menggunakan sekatan ke atas eksport barangnya sebagai alat penting bagi menggagalkan kemajuan teknologi Beijing, sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Jabatan Perdagangan, yang menyelia kawalan eksport AS, turut menambah 18 syarikat lain ke dalam senarai berkenaan termasuk dari Türkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Bulgaria, Kanada, Indonesia, Israel, Malaysia, Arab Saudi dan Singapura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN