KUALA LUMPUR: Rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerajaan meskipun ini bukan masa yang sesuai, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus. Beliau berkata, skim subsidi menyeluruh yang dilaksanakan kerajaan ketika ini disifatkan sebagai tidak mampan dan perlu dirasionalisasi bagi mengurangkan kesannya kepada pendapatan kerajaan dan rakyat. “Ia (pelaksanaan rasionalisasi subsidi) boleh dipertikaikan bahawa ini bukan masa yang sesuai, tetapi ia merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan dan…