Premier Plus terima sijil MBOR

Premier Plus terima sijil MBOR

MOHD. JAFNI MD. SHUKOR (tiga dari kiri) dan Tunku Hassan menyaksikan penyerahan sijil Malaysia Book of Records oleh Edwin Yeoh kepada Jacky di JB Sentral, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat perumahan, Kumpulan Premier Plus (Premier Plus) dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) ekoran pelancaran galeri hartanahnya di JB Sentral, di sini.

Pengiktirafan MBOR itu diberikan bagi galeri hartanah yang menghimpunkan projek perumahan terbanyak di sebuah kawasan dalam negara.

Galeri hartanah tersebut menghimpunkan lebih 50 projek pembangunan di seluruh kawasan Iskandar Malaysia dan Desaru di negeri ini.

Anugerah tersebut disampaikan pada Majlis Perasmian Galeri Hartanah Premier Plus yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Yang turut hadir, Pengerusi Premier Plus, Tunku Datuk Hassan Tunku Mohammed Archibald; Pengarah Eksekutif Premier Plus, Datuk Seri Jacky Ker Cherk Yee serta Perunding Kanan MBOR, Edwin Yeoh.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Premier Plus, Bun Shiow Yong berkata, lokasi berkenaan dipilih bagi membolehkan lebih 300,000 pengembara yang berulang-alik antara Malaysia dan Singapura mendapatkan maklumat tentang kediaman yang ditawarkan pihaknya.

“Pelbagai pilihan kediaman disediakan bersesuaian dengan kemampuan ekonomi seseorang individu, sama ada mereka terdiri daripada golongan B40, M40 ataupun T20.

“Selain itu, pihak syarikat turut menyediakan penasihat kewangan bagi membantu mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat tentang pinjaman daripada institusi kewangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN