Pizza Hut tawar Spicy Krunch

Pizza Hut tawar Spicy Krunch

PIZZA Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju, dengan bebola ayam rangup sos pedas istimewa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pizza Hut menawarkan pizza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan snek ikonik, Mamee Monster.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, kerjasama antara dua jenama hebat iaitu Mamee Monster dan Pizza Hut mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak dijangka.

Namun kata beliau, syarikat merasakan pizza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya.

“Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza bertujuan untuk dinikmati bersama-sama. Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten berusaha untuk menginovasi piza kami untuk membuat setiap hidangan untuk pelanggan kami yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Piza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju, dengan bebola ayam rangup sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.

Sama seperti Hari Raya yang kunjung tiba hanya “setahun sekali”, peluang untuk menikmati piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup, jelas Pizza Hut.

“Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN