Peruntukan RM400 bilion RMK-12 tidak akan disemak

Peruntukan RM400 bilion RMK-12 tidak akan disemak

PERDANA Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2023 di Kuala Lumpur, semalam. – IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menyemak semula perbelanjaan pembangunan se­banyak RM400 bilion untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dari 2021 hingga 2025.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan sudah mempunyai banyak rangka kerja serta pelan tindakan dan pihaknya tidak berniat untuk menambah pelan tindakan baharu.

Katanya, pihak kementerian berkemungkinan besar akan menggunakan rangka kerja da­sar terdahulu dan seterusnya adalah kajian jangka menengah RMK-12.

“Kami dapat mengekalkan perbelanjaan pembangunan pa­da RM400 bilion sehingga 2025. Apa yang saya bimbang adalah jumlah yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan sebenarnya masuk ke dalam pembangunan.

“Ini kerana, kami harus menerima perbelanjaan pemba­ngunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang perlu digunakan untuk membayar hutang, beberapa Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) yang tidak menjadi dan beberapa bailout.

“Oleh itu, apa jua jumlah yang kami diumumkan, lebih kurang, hanya 50 peratus sebenarnya masuk ke dalam infrastruktur atau sektor pemang­kin,” katanya pada program Invest Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Rafizi mengulangi komitmen kerajaan terhadap defisit fiskal yang disasarkan sebanyak 3.2 peratus menjelang 2025.

“Ia sangat sukar bagi kami, kerana kami datang selepas Covid-19 dan terdapat peningkatan besar dalam hutang kerajaan, defisit yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang dirancang dalam RMK-12.

“Kita perlu memastikan untuk memperuntukkan semula sumber dan kewangan dengan cara yang dapat memangkin supaya mendapat nilai yang lebih baik.

Tambahnya, pada Belanjawan 2024 akan datang bakal menjadi bajet pertama sepenuhnya yang akan memberi tumpuan kepada golongan memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN