Perlu ada `eksekutif halal’

Perlu ada `eksekutif halal’

RAJA FARIDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perlu ada `eksekutif halal.’ Itu antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh sesebuah syarikat yang ingin mendapatkan pensijian halal.

Menurut Ketua Bahagian Sektor Piawaian Khusus SIRIM STS, Raja Faridah Raja Sirajuddin, `eksekutif halal’ merupakan seorang yang beragama Islam dan perlu menjalani kursus selama lima hari untuk mendalami standard halal.

Kata beliau, kursus selama 72 jam itu untuk memahamkan eksekutif berkenaan dalam pematuhan standard halal bagi setiap produk yang dikeluarkan.

“SIRIM STS selaku ejen kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan latihan kepada pelbagai jenis syarikat yang ingin mendapatkan pensijilan halal.

“Sektor paling banyak (menjalani latihan) adalah daripada makanan, diikuti kosmetik dan logistik,” ujarnya.

Tambahnya, latihan yang ditawarkan terdiri daripada ‘in-house’ iaitu melibatkan hanya sesebuah syarikat dan juga awam, melibatkan beberapa syarikat.

Jelas Raja Faridah, pihaknya juga mengadakan latihan untuk syarikat dari luar negara yang mana melibatkan tiga negara pada tahun lalu termasuk Kazakhstan dan Uzbekistan.

“Latihan untuk negara luar ini ditaja oleh kerajaan Malaysia sejajar dengan hasrat kita untuk menjadi hab halal.

“Pada tahun ini, kami jangka akan mengadakan dua lagi latihan melibatkan peserta antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raja Faridah memberitahu, lebih banyak syarikat milik bukan Islam berminat untuk mendapatkan pensijilan halal bagi mendapatkan keyakinan pembeli.

Kata beliau, minat mereka itu juga didorong oleh kuasa beli dalam pasaran Islam yang lebih besar di Malaysia.

Katanya, pensijilan halal dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa sesebuah syarikat tersebut melaksanakan apa yang diperlukan dalam standard halal.

“Apabila mereka mempunyai pensijilan halal, maka pelanggan akan pergi ke restoran atau pun menggunakan produk seperti kosmetik yang dikeluarkan mereka tanpa rasa was-was.

“Pensijilan ini juga dapat memberi maklumat pada pelanggan bahawa produk mereka selamat di bawah pensijilan yang dibangunkan di bawah Malaysian Standard MS 1500,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya