MSET Shipbuilding bina kapal besi pertama di Malaysia - Utusan Malaysia

MSET Shipbuilding bina kapal besi pertama di Malaysia

MOHAMAD Sabu (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Azman Ibrahim (tengah) dan Aminuddin Mat Yusof (kiri) selepas meninjau kapal yang dibina daripada besi pada lawatan di MSET Shipbuilding, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. (MSET Shipbuilding), sebuah syarikat pembinaan dan baik pulih kapal berjaya membina sebuah kapal nelayan moden diperbuat daripada besi yang pertama di Malaysia.

Pengurus Besarnya, Khairul Aznam Allias berkata, kapal milik Amir Vision Sdn. Bhd. (Amir Vision) sepanjang 29  meter yang berharga RM10 juta itu dijangka siap untuk melakukan pelayaran sulungnya pada 31 Mei depan.

Menurutnya, kapal kelas C2 yang diberi nama ‘AV Al Nisa 1’ itu menggunakan 100 peratus kemahiran anak jati tempatan bermula daripada penghasilan bentuk lakaran kapal sehingga pemasangan peralatan kapal.

“Objektif utama yang menjadi pemangkin penghasilan kapal berunsur besi ini adalah memaksimumkan penerokaan hasil laut dan memodenkan kapal nelayan setaraf kapal-kapal luar pesisir.

“Kapal ini direka dengan dilengkapi kemudahan dan keselesaan seperti kemudahan bilik tidur lengkap dengan katil, almari, ruang solat, bilik aktiviti dan ruang dapur serta dilengkapi pendingin hawa.

“Menariknya, kapal ini juga dilengkapi bilik sejuk beku dan sistem air laut yang disejukkan (RSW) yang mampu menyimpan sebanyak 80 tan hasil tangkapan segar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di MSET Shipbuilding Corporation di Pulau Duyung di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Amir Vision, Aminuddin Mat Yusof serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim.

Khairul Aznam berkata, kapal tersebut juga mampu meredah lautan di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh sejauh 30 hingga 200 batu nautika walaupun pada musim tengkujuh.

“Selain itu, kapal ini juga mempunyai kapasiti tangki minyak 46,000 liter diesel dan berupaya mengharungi perjalanan 10 hingga 10 hingga 14 hari tanpa keperluan untuk isian semula sumber diesel,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kapal tersebut boleh bergerak mencecah kelajuan sembilan hingga 10 knot pada beban penuh hasil tangkapan laut.

“Mengikut perancangan Amir Vision, sebanyak 20 peratus daripada hasil tangkapan itu dikhas untuk kegunaan industri kilang  dan bakinya 80 peratus akan dijual untuk pasaran ikan di Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.