PETALING JAYA: Bayaran dividen Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) kepada kerajaan pada tahun ini dijangka lebih rendah berbanding RM50 bilion pada tahun lalu berikutan penurunan harga minyak mentah ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, penurunan harga minyak mentah adalah mengikut unjuran ekonomi global yang perlahan pada tahun ini. Katanya, ini sejajar dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK)…










