PETALING JAYA: Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) menggabungkan semua perniagaan perladangannya di bawah anak syarikat Johor Plantations Berhad (dahulunya dikenali sebagai Mahamurni Plantations Sdn. Bhd.). Langkah itu hasil daripada transformasi perniagaan Kulim di mana Johor Plantations akan menguruskan perladangan milk Kulim seluas lebih 60,000 hektar, 23 ladang, lima buah kilang, dan aktiviti perdagangan serta perkhidmatan di Malaysia, termasuk inisiatif tenaga boleh baharu terdiri daripada kilang biometana dan lima biogas. Menurut syarikat…










