SINGAPURA: Harga emas terus meningkat di pasaran Asia selepas melonjak 2 peratus pada Jumaat, apabila pelabur berpusu-pusu mencari `perlindungan’ berikutan kejatuhan bank Amerika Syarikat (AS), Silicon Valley Bank. `Pertaruhan’ dalam kalangan pelabur dan penganalisis bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengurangkan kenaikan kadar faedah, turut mendorong kenaikan harga logam berharga itu, lapor Bloomberg. Kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) yang merupakan kejatuhan kedua terbesar bank di AS dalam sejarah, telah mencetuskan…

								
											








