KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan dana permulaan berjumlah RM10 juta sebagai permintaan terjamin kepada kredit karbon janaan Malaysia bagi memulakan pasaran, sejajar dengan sasaran mencapai sifar bersih seawal 2050. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fokus yang boleh dipertingkatkan dalam pelaburan bidang pertumbuhan hijau termasuk teknologi hidrogen, biotenaga dan mobiliti elektrik. Katanya, perkara tersebut akan menjadi pemboleh penggunaan hijau merentas sektor serta enjin ekonomi masa depan. “Bahagian utama yang boleh diberi penekanan dalam bidang ini ialah memastikan rakyat juga mendapat manfaat daripada pemindahan pengetahuan dan kemahiran berteknologi tinggi, sambil mengutamakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya