PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan peningkatan RM30 bilion bagi nilai jualan syarikat jualan langsung menjelang tahun 2028. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, industri jualan langsung di negara ini perlu bergerak pantas untuk mencapai angka tersebut dalam masa lima tahun kerana ia menjadi sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Pada tahun 2021, nilai jualan yang direkodkan mencecah RM27 bilion, justeru KPDN…










