PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dan PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama memacu perniagaan tanpa tunai dan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kolaborasi strategik itu akan memberi peluang kepada peniaga-peniaga yang beroperasi di bangunan milik PREC seperti SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi mempergiatkan lagi perniagaan mereka menerusi platform real-time retail payment platform (RPP) seperti aplikasi DuitNowQR…










