KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) membangunkan sebuah jeti dikenali Kuala Terengganu Support Base (KTSB) sebagai hub pertukaran anak kapal untuk industri minyak dan gas di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, KTSB yang terletak di muara Sungai Terengganu bakal beroperasi pada April depan dijangka dapat memberi pulangan pendapatan sebanyak RM6 juta setahun.…










