Institut Rehda, BPMB jalin kerjasama

Institut Rehda, BPMB jalin kerjasama

MAJLIS menandatangani kerjsama antara Institut Rehda dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menghimpunkan kepakaran dan sumber mereka untuk memberi tumpuan kepada pelbagai topik berkaitan industri hartanah.

Melalui kerjasama itu juga, kedua-dua pihak akan menjalankan penyelidikan merangkumi hartanah dan pembangunan hartanah, dasar perumahan, perbankan dan pembiayaan, amalan sejajar dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta pembangunan bandar pintar.

Pengerusi Institut Rehda, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata, penyelidikan awal yang akan dihasilkan bersama akan memberi tumpuan kepada perumahan mampu milik yang merupakan satu aspek penyertaan sosial penting.

“Kerjasama ini akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang perumahan mampu milik yang penting pada masa-masa seperti ini. 

“Walaupun banyak inisiatif untuk menjadikan perumahan lebih mampu milik, ia kekal sebagai cabaran bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia. Bersama BPMB, kami berharap dapat mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif di mana setiap orang mempunyai akses kepada rumah yang layak dan mampu milik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berkata, pihaknya percaya kerjasama penyelidikan dengan Institut Rehda ini akan membantu memberikan pandangan yang lebih baik tentang perumahan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami berbangga menjadi institusi kewangan yang pertama bekerjasama dengan Institut Rehda, terutamanya dalam sektor kritikal seperti itu,” ujarnya.

Memorandum Persefahaman (MoU) itu juga membenarkan sebarang kerjasama bersama lain yang mungkin timbul pada masa hadapan, untuk dipersetujui secara bertulis. 

Bidang kerjasama termasuk acara yang dianjurkan bersama, penyertaan dalam penglibatan industri dan persidangan, seminar, simposium, program jangka pendek dan lain-lain aktiviti berkaitan. 

Pertukaran bahan penyelidikan dan pendidikan, penerbitan dan maklumat berkaitan juga akan menjadi komponen utama dalam usaha kerjasama ini, kerana kedua-dua pihak berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya