Global Group jangka tandatangani lima MoU di LIMA ‘23

Global Group jangka tandatangani lima MoU di LIMA ‘23

NONEE ASHIRIN MOHD RADZI (tengah) bersama pelajar tahfiz pada majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ramadan dan mengerjakan umrah di pejabat GCA, Subang Skypark, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Global Group dijangka menandatangani sekurang-kurangnya lima perjanjian persefahaman (MoU) baharu pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) akan datang.

Syarikat di bawah Kumpulan adalah Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA), Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA) dan Glo­bal Component Asia Sdn. Bhd. (GCA).

Pengerusi GTA, Datuk Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, MoU tersebut melibatkan kontrak-kontrak kerajaan yang diteruskan oleh Kementerian Pertahanan dan juga kerjasama dengan syarikat luar negara.

“Sebagai pempamer dan pemain industri aeroangkasa, kami sentiasa memberi soko­ngan dan menyertai pemeran LIMA setiap kali diadakan.

“Kami menjangkakan beberapa pengumuman akan dibuat pada pameran itu nanti, bukan sahaja dari segi kontrak kerajaan yang diteruskan tetapi juga kerjasama dengan syarikat luar negara. Nilainya dijangka melebihi daripada kontrak sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ramadan dan mengerjakan umrah di pejabat GCA, Subang Skypark di sini semalam.

Sementara itu, Nonee Ashirin berkata, MoU tersebut juga bakal memacu pertumbuhan pendapatan Kumpulan bagi tahun ini.

Katanya, Kumpulan mengunjurkan pertumbuhan pendapatan berganda pada tahun ini berbanding hampir RM100 juta pada tahun 2022.

“Dengan adanya kontrak-kontrak baharu ini, kami jangkakan dapat meningkat sehingga sekali ganda,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN