KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pertumbuhan 20 peratus dalam pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) pada tahun ini, naik dari RM163.3 bilion dan RM101.3 bilion yang dicatatkan pada 2022. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun berdepan persekitaran yang mencabar, syarikat yang ingin melabur ke negara ini boleh melihat potensi untuk jangka masa panjang. Katanya, usaha yang lebih penting dilakukan untuk…










