PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia pada Januari 2023, turun sebanyak 3.6 peratus kepada 29,451 tan metrik daripada 30,556 tan metrik bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Perbanding tahun ketahun menunjukkan, pengeluaran getah asli turun 39.3 peratus daripada 48,546 tan metrik pada Januari 2022. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengeluaran getah asli pada bulan dilaporkan disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 84.2 peratus, berbanding sektor estet 15.8 peratus. Kata beliau, jumlah stok getah asli pada Januari 2023 menurun 3.4 peratus kepada 194,553 tan metrik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya