KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal tidak akan tertakluk kepada penjualan saham tidak tersenarai melalui tawaran awam permulaan (IPO) yang diluluskan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya memahami kerisauan sesetengah pihak berkenaan dengan pengumuman kerajaan untuk mengkaji Cukai Keuntungan Modal ke atas saham tidak tersenarai pada kadar yang rendah. Katanya, pihaknya terbuka untuk memenuhi keperluan syarikat dan pelabur dengan lebih baik. “Saya ingin memberikan komitmen kerajaan bahawa cukai…










