Berbelanja RM30 menang Proton Persona

Berbelanja RM30 menang Proton Persona

KERETA Proton Persona bernilai RM50,000 ditawarkan sebagai cabutan bertuah bagi pengunjung Melgrab Jalan Hang Tuah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengunjung Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah di sini berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Persona bernilai RM50,000 dan 10 hadiah misteri dengan hanya berbelanja serendah RM30.

Penganjur Melgrab, Muhammad Fikri Mohd. Ali berkata, selain hadiah utama sebuah kereta, pengunjung turut berpeluang memenangi sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz bernilai RM10,000.

Menurutnya, pihaknya mengekalkan tradisi selama dua tahun berturut-turut dengan menawarkan kereta untuk cabutan bertuah, manakala keseluruhan hadiah pada kali ini bernilai kira-kira RM80,000.

“Tahun lepas kami bersusah-payah untuk menghidupkan semula bazar Aidilfitri di sini yang ditutup sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun sebelum ini.

“Namun tahun ini, Melgrab dijangka mampu menarik ribuan pengunjung dengan pelbagai hadiah menarik dan aktiviti sepanjang sebulan bazar berlangsung.

“Bagi menarik kehadiran pengunjung, kami turut mendatangkan khas ratu rock tersohor negara, Ella untuk membuat persembahan pada majlis perasmian, selain kemunculan Hazama dan Nabila Razali,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya