Bank Mualamat sedia bantuan moratorium untuk mangsa banjir

Bank Mualamat sedia bantuan moratorium untuk mangsa banjir

BANK Muamalat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengumumkan bantuan khas banjir merangkumi bantuan moratorium pembiayaan dan penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan, individu dan perniagaan yang terkesan berikutan banjir teruk yang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara.

Katanya, bantuan banjir tersebut sejajar dengan komitmen Bank Muamalat dalam membina “Kehidupan Lebih Baik, Bersama” pelanggan.

“Bank Muamalat percaya bahawa sebagai institusi kewangan Islam, kami bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti pada waktu getir ini.

“Langkah ini diharapkan segera memberikan kelegaan kepada individu dan perniagaan dalam usaha mereka membina semula kehidupan dan perniagaan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pelanggan yang terkesan boleh menghubungi Bank Muamalat untuk berbincang mengenai sebarang masalah berhubung urusan pembayaran pembiayaan mereka sekiranya menghadapi kesulitan kewangan berikutan banjir yang melanda.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian 0326005500. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN