Agrobank lulus 77 permohonan moratorium berjumlah RM22 juta 

Banjir: Agrobank lulus 77 permohonan moratorium berjumlah RM22 juta 

MOHAMAD SABU menyampaikan sumbang bantuan wang persekolahan serta kelengkapan sekolah seperti beg sekolah dan botol air pada program Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2023 di Kota Raja, Klang hari ini. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Agrobank telah meluluskan 77 permohonan morotorium bernilai RM22 juta melibatkan mangsa banjir daripada Terengganu dan Pahang sejak Januari sehingga kini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sebanyak 90 permohonan lagi bernilai RM10 juta masih dalam proses (penilaian untuk kelulusan).

Katanya, buat masa ini pihaknya belum lagi menerima permohonan daripada mangsa banjir dari Johor tetapi sudah ada yang membuat pertanyaan melalui panggilan telefon.

“Kebiasaannya, kami akan menerima permohonan selepas mereka sudah siap membersihkan rumah mereka dan sebagai. Setelah mereka selesai dengan urusan rumah barulah mereka akan ke bank.

“Ini kerana, ada lagi kawasan-kawasan di Johor yang masih belum surut lagi,” katanya ketika ditemui pada program Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2023 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pada majlis tersebut, kira-kira 200 pelajar daripada 10 sekolah di Selangor diraikan dalam program bantuan itu yang merupakan salah satu inisiatif di bawah badan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank.

Program itu bertujuan membantu keluarga golongan sasar mengikut kategori keluarga B40, ibu tunggal dan anak yatim dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Pada program itu, seramai 200 pelajar sekolah berusia antara tujuh sehingga 12 tahun menerima bantuan wang persekolahan sebanyak RM150 seorang serta kelengkapan sekolah seperti beg sekolah dan botol air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN