AmBank Islamik perkenal pembiayaan Auto-i

AmBank Islamik perkenal pembiayaan Auto-i

EQFWAN MOKHZANEE (dua kiri) pada majlis pelancaran pembiayaan Auto-i Murabahah Tawarrud AmBank Islamic.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AmBank Islamic memperkenalkan pembiayaan Auto-i Murabahah Tawarruq, merupakan produk patuh syariah berasaskan konsep Murabahah Tawarruq.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee berkata, Pembiayaan Auto-i Murabahah Tawarruq menawarkan margin pembiayaan lebih tinggi dengan ciri produk yang lebih fleksibel untuk disesuaikan dengan perubahan baharu dalam industri automotif.

Kata beliau, pembiayaan itu adalah di bawah kaedah baki pengurangan kadar tetap dan ia menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus dengan tempoh fleksibel sehingga sembilan tahun untuk pembelian kereta nasional serba baharu.

“Pembiayaan ini direka khas untuk kakitangan Kerajaan Persekutuan atau negeri, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Pekerja yang mendaftar bagi potongan gaji menerusi program kod potongan gaji pelanggan Biro Perkhidmatan ANGKASA boleh menikmati penangguhan pembayaran selama tiga bulan,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo pula berkata, AmBank Islamic merupakan antara bank pertama yang menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus dengan keperluan pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,500.

“Inisiatif ini bertujuan untuk membantu meluaskan peluang pemilikan kereta kepada penjawat awam. Kami juga telah memudahkan proses permohonan pembiayaan dan kelulusan bagi memastikan perjalanan pembelian kereta yang cepat dan tanpa kerumitan khusus untuk pelanggan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN