WCE lupus kepentingan dalam RPSB kepada IJM Properties

WCE lupus kepentingan dalam RPSB kepada IJM Properties pada harga RM494 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: WCE Holdings Berhad akan melupuskan keseluruhan 40 peratus kepentingan ekuitinya dalam Radiant Pillar Sdn Bhd (RPSB) kepada IJM Properties Sdn. Bhd. pada harga RM494 juta.

Firma konsesi tol dan pembinaan itu berkata, sebahagian besar daripada hasil itu akan disalurkan ke arah projek Lebuhraya Pantai Barat.

Jelasnya, ia akan membolehkan Kumpulan itu menjimatkan kos pembiayaan, sekiranya jumlah dana yang sama diperoleh daripada kaedah pembiayaan lain atau pinjaman.

“Pelupusan itu akan membolehkan WCE merealisasikan dan membuka kunci nilai pelaburannya dalam RPSB yang akan menimbulkan keuntungan pro forma daripada pelupusan kira-kira RM245.67 juta.

“Selain itu, penyiapan pelupusan dan pembinaan projek Lebuhraya Pantai Barat akan menjadikan WCE sebagai pengendali lebuh raya tulen yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pemegang saham kerana mengundi menyokong resolusi itu.

“Pelupusan pegangan kami di Bandar Rimbayu akan mengumpul hasil tunai hampir RM500 juta, sebahagian besarnya akan digunakan untuk menyiapkan Projek WCE.

“Pelupusan ini juga strategik, dalam erti kata bahawa kami mengewangkan aset bukan teras untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras Kumpulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN