UEM Edgenta luaskan perniagaan ke pasaran antarabangsa - Utusan Malaysia

UEM Edgenta luaskan perniagaan ke pasaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Edgenta Berhad melalui Edgenta Healthcare Support memeterai tiga perjanjian Memorandum Penerokaan Perniagaan (MOBE) bersama WAS, First Ambulance Services (FAS) dan Optima Technic bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam perniagaan penjagaan kesihatan antarabangsa.

Healthcare Support UEM Edgenta merupakan peneraju pasaran dalam perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan bukan klinikal di Asia Tenggara kepada lebih 300 hospital di Malaysia, Singapura, Taiwan dan India.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, pihaknya dengan kerjasama WAS dan First Ambulance akan menyediakan penyelesaian terbaik bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini serta rantau lain. 

Ujarnya, pihaknya berharap dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara agar setanding dengan peringkat antarabangsa. 

“Gabungan kepakaran kami dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan, penjagaan kesihatan digital dan teknologi pengurusan aset akan membolehkan kami meningkatkan sistem penjagaan kesihatan dan melancarkan perjalanan pesakit, bagi menyokong visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta di rantau lain, terutamanya Timur Tengah dan Asia.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kami juga meneroka ambulans elektrik (EV), selaras dengan pelancaran Wawasan 2030 yang bertekad ke arah mengurangkan pelepasan karbon negara. 

“Ini merupakan satu langkah ke hadapan sejajar dengan aspirasi UEM Edgenta dalam menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan yang berkualiti tinggi, ke arah ekosistem penjagaan pesakit yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

WAS adalah syarikat yang berpangkalan di Jerman dan merupakan salah satu pengeluar kenderaan khas dan ambulans terkemuka di dunia dengan pengalaman melebihi 20 tahun. 

FAS pula merupakan perkhidmatan ambulans persendirian Malaysia yang menawarkan penyelesaian lengkap terhadap perihal yang berkaitan dengan ambulans hospital seperti bantuan bagi kecemasan dan perubatan pra-hospital, pengangkutan pesakit, serta pengulangan semula perubatan kepada masyarakat Malaysia. 

Sementara itu, Optima Technic adalah syarikat berpangkalan di Turki dan menyediakan pelbagai khidmat penyelesaian mudah alih seperti hospital mudah alih, ketenteraan mudah alih, mereka bentuk dan pembuatan kejuruteraan mudah alih, serta komersial mudah alih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.