RM106.7 bilion peruntukkan KWC-19 dibelanjakan pada 2022

[TINJAUAN EKONOMI] RM106.7 bilion peruntukkan KWC-19 dibelanjakan pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK RM106.7 bilion atau 97 peratus daripada keseluruhan had sling Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) berjumlah RM110 bilion dengan RM31 bilion dibelanjakan sehingga akhir 2022.

Menurut Tinjauan Ekonomi dan Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini, sebahagian besar peruntukan disalurkan untuk program bantuan tunai iaitu sebanyak RM40 bilion dan subsidi upah (RM24.3 bilion).

Selain itu, peruntukkan tersebut turut digunakan untuk perbelanjaan berkaitan Covid-19 untuk menaik taraf peralatan dan menambah kapasiti katil di unit rawatan rapi hospital serta perolehan kit ujian, reagen, ubat dan pensanitasi (RM5.3 bilion).

“Kerajaan juga telah menyusun semula keutamaan dana sedia ada KWC-19 bagi menampung sebahagian daripada perbelanjaan subsidi.

“Sebanyak RM6.3 bilion bagi bahan api dan RM5.9 bilion bagi elektrik untuk mengimbangi impak peningkatan harga barangan serta sebagai sokongan berterusan kepada golongan rentan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN