Sime Darby Property raih untung, lepasi sasaran jualan

Sime Darby Property raih untung, capai jualan RM3.7 bilion

AZMIR MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad mengakhiri tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 terbaik selepas 2017 dengan keuntungan operasi sebanyak RM487.8 juta dan pencapaian jualan RM3.7 bilion, melepasi sasaran sebanyak RM2.6 bilion.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat lebih dua kali ganda tahun ke tahun kepada RM315.8 juta daripada RM146.9 juta tahun sebelumnya.

Kumpulan turut mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak dua sen sesaham bagi tahun kewangan 2022.

Sementara itu, hasil Kumpulan sebanyak RM2.7 bilion menandakan peningkatan 24 peratus tahun ke tahun, dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 64 peratus tahun ke tahun kepada RM458.9 juta.

Peningkatan ketara dalam PBT disokong oleh pertumbuhan keuntungan merentas semua segmen perniagaan, termasuk sumbangan daripada aktiviti pengewangan tanah kumpulan dan pelupusan aset bukan teras.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican, berkata, walaupun melalui tahun yang mencabar terutamanya disebabkan oleh persaingan yang semakin sengit, keputusan yang telah dicapai adalah bukti usaha kolektif pasukan.

“Antara cabaran utama adalah berkaitan kekurangan buruh dan harga bahan yang semakin meningkat.

“Walaupun menghadapi cabaran ini, kami berjaya menyampaikan 1,855 unit produk kepada pelanggan kami pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Hasil dan keuntungan yang lebih tinggi dicatatkan pada 2022 dengan segmen pembangunan hartanah menyumbang 93 peratus kepada jumlah hasil Kumpulan, sekali gus menandakan peningkatan 66 peratus tahun ke tahun dalam PBT.

Kadar penghunian 85.2 peratus KL East Mall menyumbang kepada pendapatan segmen sebanyak RM107.9 juta, dengan PBT mencatatkan RM0.2 juta.

Ia disokong oleh bahagian keputusan yang lebih baik daripada Melawati Mall, yang juga mencatatkan kadar yang lebih tinggi dalam tempoh tinjauan.

Tambah Azmir, Sime Darby Property mengatasi semua jangkaan kewangan dan operasi pada 2022, menunjukkan bahawa Kumpulan mampu berkembang maju di tengah-tengah ketidaktentuan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN