Sime Darby catat untung bersih RM389 juta S2 TK2023

Sime Darby catat untung bersih RM389 juta S2 TK2023

JEFFRI SALIM DAVIDSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Berhad (Sime Darby) mencatat peningkatan 12. 8 peratus bagi untung bersih berjumlah RM389 juta bagi suku kedua (S2) berakhir 31 Disember 2022 (Tahun Kewangan 2023) (S2 TK2023) berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, manakala hasil Kumpulan bagi S2 TK2023 pula meningkat 7.6 peratus kepada RM11.29 bilion berbanding RM10.49 bilion yang dicatatkan pada S2 TK2022.

Katanya, bahagian Perindustrian merupakan penyumbang utama bagi suku tahun yang dilaporkan, diterajui oleh operasi di Australia, yang mencatatkan keuntungan lebih tinggi, terutamanya melalui pertumbuhan organik daripada segmen peralatan di negara berkenaan serta perniagaan enjin di Singapura.

“Sementara itu, bahagian Automotif memperolehi jumlah jualan yang lebih tinggi daripada operasi Malaysia, sekaligus mengimbangi kesan penyusutan margin daripada perniagaan China pada suku tahun yang dilaporkan.

“Dengan pembukaan semula China baru-baru ini serta normalisasi rantaian bekalan, kami berharap agar prestasi operasi peruncitan kereta di China kembali meningkat,” katanya.

Tambahnya, China kekal sebagai penjana hasil terbesar Sime Darby dan menzahirkan keyakinan terhadap prospek jangka panjang pasaran tersebut.

Menurut Jeffri Salim, penyempurnaan jualan syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang baru-baru ini, mencatatkan keuntungan RM147 juta pada suku tahun semasa,  dan menandakan kumpulan berkenaan keluar sepenuhnya daripada perniagaan Logistik.

“Ia sekaligus membolehkan kami memberi tumpuan sepenuhnya kepada dua perniagaan teras kami, iaitu perindustrian dan automotif di seluruh rantau Asia Pasifik.

“Penyerahan pesanan yang dibuat dalam tempoh bebas SST telah menyokong operasi Automotif Kumpulan di Malaysia, yang mencatatkan prestasi kukuh pada separuh pertama TK2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN