Scomnet catat untung bersih RM33 juta - Utusan Malaysia

Scomnet catat untung bersih RM33 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Supercomnet Technologies Bhd. (Scomnet) mencatatkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 30.89 peratus kepada RM33 juta bagi tahun penuh berakhir 31 Disember 2022, daripada RM25.21 juta pada tahun sebelumnya. 

Hasil turut meningkat sebanyak 10.24 peratus kepada RM158.33 juta untuk bagi tempoh yang sama 

Rekod keuntungan tersebut didorong momentum pertumbuhan Scomnet daripada pelanggan sedia ada selain sumbangan sulung daripada pelanggan baharu, di samping asas pesanan yang kekal kukuh dan terus meningkat.

Bagaimanapun, Scomnet berkata, keuntungan bersih bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 turun 23.11 peratus kepada RM6.09 juta manakala hasil susut 9.3 peratus kepada RM37.35 juta. 

“Keuntungan yang lebih rendah disebabkan oleh kelewatan daripada pembekal, pelarasan inventori daripada salah satu pelanggannya serta kadar pertukaran matawang asing yang tidak menguntungkan.

“Bagi isu pembekal, Scomnet tidak dapat mengeluarkan salah satu produk baharunya untuk pelanggan terbaharunya kerana menerima produk rosak daripada pembekal yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA). 

“Prinsipal untuk produk baharu ini telah bertindak segera, mencari jalan menyelesaikan isu tersebut dengan pembekal menjelang suku kedua,” menurut kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Scomnet James Shiue Jong-Zone berkata, secara organik, pihaknya yakin dengan prospek perniagaan syarikat.

Katanya, selain asas pesanan sedia ada, aliran tunai syarikat daripada operasi terus meningkat sepanjang suku tahun. 

“Dari segi kewangan, kami mempunyai banyak penampan dan dengan itu bersedia untuk mengembangkan perniagaan kami melalui saluran dalaman dan luaran

“Kami kekal optimistik dengan prospek jangka pertengahan hingga panjang kumpulan dan akan terus bekerjasama rapat dengan pelanggan sedia ada dan baharu dalam pembangunan produk baharu. 

“Justeru, tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, kumpulan menjangkakan prestasi untuk tahun kewangan akan datang adalah memuaskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya