Residensi Sakura tawar kediaman eksklusif, harga mampu milik - Utusan Malaysia

Residensi Sakura tawar kediaman eksklusif, harga mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemaju utama Putrajaya, Putrajaya Holdings menawarkan sebuah lagi projek kediaman, Residensi Sakura dengan tawaran harga yang mampu dimiliki bermula RM350,000.

Berkonsepkan moden kondusif, Residensi Sakura terletak di lokasi pusat pentadbiran kerajaan di kelilingi landskap kehijauan sekali gus memenuhi keperluan gaya hidup, tuntutan kerja dan kekeluargaan iaitu bukan sekadar sebuah tempat tinggal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings, Datuk Hashimah Hashim, projek kediaman bertingkat terbaharu itu mempunyai 463 unit dengan pilihan enam pelan lantai saiz terbina 828 kaki persegi, 957 kaki persegi dan 2,120 kaki persegi (dwikunci).

Lebih mengujakan, beliau memberitahu, kira-kira 50 peratus daripada jumlah unit yang disediakan telah pun dibeli semasa pra pelancaran projek berstatus pegangan bebas itu yang diadakan baru-baru ini.

“Putrajaya Holdings menawarkan diskaun menarik kepada semua pembeli warganegara, selain promosi eksklusif lain seperti tanpa bayaran muka dan banyak lagi.

“Sebagai pemaju utama Putrajaya, peranan kami bukan sekadar pemaju tetapi tanggungjawab membina sebuah bandar bertenaga dengan ekosistem sosio-ekonomi yang berkembang maju,” katanya di sini semalam.

Residensi Sakura memberi akses kemudahan kepada bakal pemilik dengan rangkaian lebuh raya utama berdekatan selain pengangkutan awam utama seperti ERL dan MRT Laluan 2.

Pelbagai kemudahan seperti sekolah, taman, komuniti kejiranan dan pusat rekreasi termasuk kolam renang dan kemudahan sukan juga berada dalam jarak singkat sekali gus memberi pulangan pelaburan sangat baik yang ideal untuk keluarga muda moden dan aktif.

Putrajaya Holdings meneruskan trajektori ke hadapan pada tahun ini selepas merekodkan banyak kejayaan pada tahun lalu termasuk Anugerah Pembangun Hartanah ASEAN dengan menampilkan pembangunan lebih mampan tanpa kompromi kemudahan premium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya