PNB akan buat pengumuman berasingan

PNB akan buat pengumuman berasingan

asb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengumuman kerajaan menaikkan had pelaburan ASB, ASB2 dan ASM dalam Belanjawan 2023, selaras dengan usaha Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk terus menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia.

PNB berkata, pihaknya akan membuat pengumuman berasingan mengenai tarikh berkuat kuasanya peningkatan itu serta terma dan syarat yang berkaitan.

“Berkenaan penggabungan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, Yayasan Ekuiti Nasional dan Yayasan Pelaburan Bumiputra, PNB akan memberi sokongan terhadap cadangan pemusatan institusi-institusi dengan fungsi yang hampir sama agar lebih efektif dalam menunaikan mandat masing-masing.

“Bagi memastikan keberkesanan operasi, PNB akan bekerjasama dengan pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan peningkatan had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB 2 kepada RM300,000 daripada RM200,000 sebelum ini.

Kerajaan turut mengumumkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) akan ditingkatkan sebanyak RM5 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN