TEKNIK pemasaran merupakan asas terpenting dalam sesuatu perniagaan terutama yang melibatkan penjualan produk, apatah lagi dunia hari ini berdepan perkembangan teknologi media dan gaya hidup sosial. Lantaran itu, syarikat Onlyone Zuza Food Industries Sdn. Bhd. juga tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan ruang digital walaupun secara dasarnya mereka kini sudah mencecah usia 32 tahun dalam perniagaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus syarikat berkenaan, Muhammad Zafiq Fitri Zubir berkata, Onlyone Zuza bakal…










