NUBE menang kes terhadap HSBC Bank - Utusan Malaysia

NUBE menang kes terhadap HSBC Bank

LEBIH 200 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengadakan bantahan atas dakwaan ketidakadilan, diskriminasi serta keengganan HSBC Bank Malaysia menyelesaikan 300 pertikaian industri di bangunan HSBC Bank cawangan Pulau Pinang di Jalan Downing, Georgetown. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menang kes terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) berhubung pemecatan dua pekerjanya, Sarimah Awang Senik dan Sethupaty Thiaganajan.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, keputusan Mahkamah Perusahaan telah dikeluarkan pada 2 Februari lalu.

Ujarnya, Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, Rajeswari Karupiah memerintahkan supaya jawatan asal kedua-duanya dikembalikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh award diberikan.

“Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, Rajeswari Karupiah telah membenarkan tuntutan kedua-dua pekerja  atas alasan bahawa kenyataan meremehkan yang didakwa dibuat oleh kedua-dua mereka itu, yang membawa kepada pemecatan oleh HSBC Bank, dibuat sebahagian daripada pertikaian perusahaan dianjurkan oleh NUBE.

“Atas alasan bahawa kenyataan meremehkan yang didakwa dibuat oleh kedua-dua mereka itu yang membawa kepada pemecatan oleh HSBC Bank dibuat sebahagian daripada pertikaian perusahaan dianjurkan oleh NUBE,” katanya dalam kenyataan.

Mahkamah Perusahaan memutuskan Seksyen 22(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 tidak meletakkan sebarang pengecualian atau had mengenai perkataan yang mungkin dipilih oleh Kesatuan atau ahli Kesatuan atau bahawa perkataan perlu mematuhi piawaian kewajaran tertentu agar berada dalam lingkungan perlindungan Seksyen 22(1) Akta Kesatuan Sekerja
1959.

Sarimah dan Sethupaty Thiaganajan telah dipecat atas alasan mengambil bahagian dalam aktiviti kesatuan sekerja empat tahun lalu.

“Selepas mempertimbangkan dengan teliti kertas kausa dan perbicaraan, Mahkamah Perusahaan telah memberi keputusan yang memihak kepada Sarimah dan Sethupaty.

“Mahkamah terbabit juga telah memerintahkan supaya pihak yang menuntut itu dikembalikan semula ke jawatan asal mereka atau yang setara di HSBC Bank tanpa kehilangan kekananan, perkhidmatan, bonus dan faedah lain, monetari atau selainnya termasuk pelarasan gaji dan kenaikan yang mereka akan peroleh sekiranya tidak dipecat oleh bank,” katanya.

Kedua-dua pekerja tersebut telah memfailkan tuntutan berhubung pemecatan yang tidak adil pada tahun 2019.

Katanya, mereka telah berpegang kepada Seksyen 22(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang memberikan kekebalan kepada kesatuan sekerja dan ahlinya terhadap sebarang tindakan yang dibuat dalam bidang tort bagi tuntutan mereka di Mahkamah Perusahaan.

Sarimah merupakan Jurubank Perkhidmatan Pelanggan dan Sethupaty sebagai Kerani Am masing-masing telah berkhidmat di HSBC sejak 1997 dan 1996. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.