PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melaporkan prestasi hasil paling kukuh pada RM2.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022). Pendapatan itu merupakan peningkatan sebanyak 13 peratus daripada RM2.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021). Menurut KPJ Healthcare, prestasi cemerlang Kumpulan juga dilihat melalui Keuntungan Selepas Cukai (PAT), yang mencatatkan lonjakan lebih daripada 100 peratus, peningkatan hampir tiga kali ganda tahun-ke-tahun, pada RM190.3 juta…










