Kopetro terima penghargaan penyumbang utama Tawarruq - Utusan Malaysia

Kopetro terima penghargaan penyumbang utama Tawarruq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) telah menerima penghargaan sebagai Penyumbang Utama (Top Achiever) Platform Sistem Tawarruq Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa) bagi tahun 2022. 

Kopetro menerima penghargaan itu di majlis makan malam penghargaan syarikat bersekutu, anak syarikat dan rakan niaga MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) pada 29 Januari lalu. 

Menghadiri majlis makan malam untuk menerima plak penghargaan Top Achiever Tawarruq bagi pihak Kopetro adalah Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perdagangan  dan Peruncitan Kopetro, Azizan Abd. Hamid. 

Azizan Abd. berkata, pengiktirafan ini hasil kerja keras setiap warga Kopetro terutamanya sektor pembiayaan dan servis kewangan.

“Penghargaan itu didedikasikan buat seluruh warga kerja Kopetro yang terlibat dan juga Anggota Kopetro yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dijayakan kami tanpa berbelah bagi. 

“Tidak lupa juga buat pelanggan tetap kami dan juga pelanggan korporat yang sentiasa mempercayai Kopetro,” katanya pada majlis itu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MHSB, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh Angkasa bersama gerakan koperasi melalui keterlibatan dalam pelbagai sektor baharu yang sebelum ini tidak diceburi oleh koperasi.

“Angkasa akan sentiasa menyokong usaha anak syarikat bersama syarikat bersekutu dan rakan niaga lainnya dalam usaha memperkasakan sektor koperasi. Ini secara tidak langsung memberi sumbangan berkesan kepada komuniti dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” ujarnya.

MHSB adalah anak syarikat Angkasa dan diwujudkan untuk membantu Angkasa dan gerakan koperasi menceburi bidang perniagaan baharu yang boleh meningkatkan pendapatan dan memberikan manfaat menyeluruh kepada semua masyarakat khususnya koperasi dan anggotanya.

Sistem Tawarruq Angkasa merupakan sebuah platform buat koperasi yang menjalankan aktiviti pembiayaan. Platform tersebut adalah satu instrumen patuh syariah yang komprehensif dan dinamik selaras dengan Maqasid Syariah.

Tawarruq merujuk kepada transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga bagi mendapatkan tunai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya