Ketidakseimbangan koperasi jejas hasil kerajaan

Ketidakseimbangan koperasi jejas hasil kerajaan

MOHD. ALI Mansor (kanan) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi 2023 di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertambahan bilangan koperasi setiap tahun tanpa ada kemajuan pendapatan akan menyebabkan ketidakseimbangan perolehan cukai oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd. Ali Mansor berkata, ketika ini hanya dua peratus atau 479 daripada 15,315 koperasi yang ada di negara ini menyumbang kepada perolehan kerajaan dalam bentuk cukai.

Menurut beliau, cukai hanya dikenakan terhadap koperasi yang dikategorikan sebagai besar dan sederhana.

“Koperasi mikro dan kecil dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM250,000 tidak dikenakan cukai, sebaliknya 95 peratus daripada perolehan tahunan sebanyak RM40 bilion datangnya daripada kumpulan dua peratus ini.

“Masalah akan timbul jika kita biarkan jurang ini semakin besar yang mana bilangan koperasi yang mengharapkan bantuan geran dan pinjaman semakin bertambah. Walaupun jumlah koperasi meningkat kepada 20,000, tetapi hasil kerajaan tetap disumbangkan koperasi besar dan sederhana.

“Justeru, kami bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memperkasakan lebih banyak koperasi sekali gus menambah hasil kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, faktor berlakunya ketidakseimbangan tersebut disebabkan koperasi yang menjalankan perniagaan selain kewangan masih memerlukan bantuan kerajaan dan agensi-agensi terlibat.

Jelasnya, ketika awal penubuhan koperasi di Malaysia pada 1922, kebanyakannya terlibat dalam aktiviti kewangan dengan tumpuan untuk memberi kemudahan pinjaman kepada ahli.

“Jadi sektor ini cukup lama dan kukuh, namun selepas banyak koperasi mempelbagaikan sumber pendapatan seperti terlibat dalam bidang pertanian dan pelancongan, mereka memerlukan sokongan kerajaan. Sebab itu sektor kewangan terus melonjak sedangkan sektor baharu terus berdepan cabaran yang mesti kita tangani.

“Oleh itu, kita telah ada 100 koperasi terbaik dan akan cuba meningkatkan prestasinya agar setiap tahun ada antara koperasi berkenaan meningkat kepada tahap berikutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya