Kaji pemberian kontrak – DPMM Perak

Kaji pemberian kontrak – DPMM Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPM) Perak, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah berkata, kajian perlu dilakukan di setiap kementerian terhadap pemberian kontrak untuk kerja-kerja penyelenggaraan seperti baik pulih pendingin hawa dan kerja-kerja elektrik kepada kontraktor kecil.

Kata beliau, ia akan membuka lebih banyak kontrak untuk kontraktor kecil setelah projek-projek besar seperti jalan raya dilaksanakan oleh kementerian dan kepada syarikat.

“Berapa banyak kementerian yang ada sekarang? Jika setiap kementerian mengkaji semula kontrak untuk kerja-kerja penyelenggaraan, banyak kontraktor kecil yang boleh diberi pe­luang.

“Sekurang-kurangnya mereka ada kerja, lagipun kontrak untuk kerja-kerja penyelenggaraan memberikan keuntungan kepada mereka.

“Jangan beri kontrak kerja-kerja penyelenggaraan kepada kontraktor besar, utamakan kontraktor Kelas F. Dahulu kontrak kerja-kerja penyelenggaraan diberikan kepada kontraktor besar, ini menyebabkan kontraktor Kelas F susah nak dapat kerja,” katanya kepada Utusan Malaysia mengulas masalah dihadapi golongan itu.

MUHAMMAD MUHIYUDDIN ABDULLAH

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kenyataan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF Malaysia) mengenai pendapatan 50,000 kontraktor kecil yang terjejas berikutan kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang memonopoli projek-projek kecil seperti projek penyelenggaraan bangunan, jalan dan longkang.

Presidennya, Tukiman Radiion berkata, tindakan monopoli itu menyebabkan jumlah projek yang ditawarkan kepada kontraktor kecil semakin berkurangan.

Malah, beliau menyifatkan dasar penswastaan itu `membunuh’ kontraktor kecil bumiputera kerana agihan projek itu tidak sampai kepada sasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN