Inflasi keseluruhan 2022 meningkat kepada 3.3 peratus

Inflasi keseluruhan 2022 meningkat kepada 3.3 peratus

PRODUK makanan kekal antara penyumbang tertinggi kepada inflasi neagra. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan kadar inflasi keseluruhan yang lebih rendah pada suku keempat 2022 iaitu sebanyak 3.9 peratus, penurunan daripada 4.5 peratus suku sebelumnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, penurunan yang sederhana itu sebahagian besarnya disebabkan oleh luputnya kesan asas inflasi elektrik iaitu penyumbang utama kepada inflasi yang lebih tinggi pada suku ketiga 2021.

Katanya, trend penurunan dalam harga komoditi utama dunia sebahagiannya menyebabkan inflasi yang lebih rendah dalam beberapa barangan Indeks Harga Pengguna (IHP), termasuk bahan api.

“Inflasi beberapa bahan makanan ruji utama, seperti daging segar dan telur, juga menjadi sederhana pada suku tersebut.

“Walau bagaimanapun, kesan penurunan daripada faktor-faktor ini sebahagiannya diimbangi oleh inflasi teras yang lebih tinggi.

“Inflasi teras meningkat kepada 4.2 peratus (S3 2022: 3.7 peratus), didorong oleh permintaan yang terus kukuh dalam keadaan persekitaran kos yang masih tinggi.

“Bagi keseluruhan tahun 2022, inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.3 peratus (2021: 2.5 peratus) dan purata inflasi teras lebih tinggi pada 3.0 peratus (2021: 0.7 peratus),” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN