IKHLAS bekerjasama dengan syarikat Saudi

IKHLAS bekerjasama dengan syarikat Saudi

IKHLAS Kamarudin (dua dari kiri) dan Kamarudin Meranun (tengah) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik bersama syarikat Arab Saudi, Dal Al Eiman di Mekah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn. Bhd. (IKHLAS) memeterai usahasama strategik dengan Dar Al Eiman Investment Co (Dar Al Eiman) bagi mengukuhkan kedudukannya dalam sektor kembara umrah.

IKHLAS merupakan platform kembara dan gaya hidup mesra-Muslim Capital A yang menawarkan pakej Umrah mampu milik dengan penerbangan terus AirAsia X ke Jeddah.

Perjanjian kerjasama selama lima tahun antara IKHLAS dan Dar Al Eiman bertujuan me­ningkatkan keselesaan jemaah umrah dan mengurangkan kerisauan mereka dengan memberikan penempatan yang mampu milik, selesa dan paling penting, tempahan hotel yang sahih apabila menjalani ibadah di Mekah dan Madinah.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, adalah satu keistimewaan untuk menjalin usahasama dengan operator tempatan yang kukuh dengan pengalaman luas dan pemilihan hotel di Mekah dan Madinah.

Kata beliau, sebagai pemain baharu, kolaborasi itu akan membantu IKHLAS mengatasi masalah hotel yang semakin membimbangkan berikutan ke­naikan permintaan dalam kalangan jemaah umrah.

“Dar Al Eiman juga menzahirkan keterbukaan mereka bagi menambah pelaburan di Arab Saudi untuk menyokong Umrah IKHLAS juga tawaran pelanco­ngan mesra-Muslim kami di masa depan.

“Dengan penerbangan Air­Asia X kami dan kini jaminan tempahan hotel, kami mahu membantu lebih ramai umat Islam mengerjakan Umrah de­ngan murah, selesa dan tenang,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun pula berkata, beliau sudah lama berhasrat untuk membantu dan menyumbang kepada perjalanan kerohanian bagi para jemaah umrah.

“Menyaksikan jumlah jema­ah melaksanakan ibadah me­reka di Mekah dan Madinah, saya berdoa agar kami mampu menjadi operator Umrah pilihan semua dan memberikan perkhid­matan terbaik dalam melaksanakan tuntutan agama.

“Tidak lama lagi, saya berharap kami dapat memperluaskan perkhidmatan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh rantau ASEAN, sejajar dengan jaringan luas AirAsia dengan pakej Umrah yang mudah, efisien, mampu milik dan selesa untuk semua umat Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN