Hong Leong Capital catat untung bersih RM28.6 juta

Hong Leong Capital catat untung bersih RM28.6 juta

Hong leong
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Capital Berhad (HLCB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM28.6 juta bagi separuh pertama berakhir 31 Disember 2023, menurun 35.3 peratus tahun ke tahun.

Penurunan itu disebabkan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada subsidiari operasi utamanya, Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) dan Hong Leong Asset Management Berhad (HLAM) dalam tempoh kewangan semasa.

Nilai buku sesaham menurun daripada RM4.01 pada 30 Jun 2022 kepada RM3.96 pada 31 Disember 2022 selepas pembayaran dividen satu peringkat akhir sebanyak 19 sen untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.

Pengerusinya, Tan Kong Khoon berkata, ekonomi global terus mencabar disebabkan persekitaran kos yang tinggi dan potensi risiko kemelesetan ekonomi global, sekali gus menjejaskan permintaan luar.

“Kesan buruk dijangka akan diimbangi oleh permintaan domestik, didorong oleh peningkatan dalam keadaan pasaran buruh dan pemulihan berterusan dalam industri pelancongannya.

“Bergerak ke hadapan, kami menjangkakan satu lagi tahun yang mencabar dan kami akan terus berwaspada terhadap turun naik dalam persekitaran makro luaran dengan menentu ukur semula strategi perniagaan kami secara berterusan dan kekal berdisiplin dalam menguruskan kecekapan kos,” katanya dalam kenyataan.

Keuntungan bersih selepas cukai anak syarikat perbankan pelaburan kumpulan, HLIB menurun 39.5 peratus tahun ke tahun kepada RM18.4 juta, hasil daripada sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada bahagian pembrokeran saham dan bahagian perbankan pelaburan.

HLIB menyumbang 64.2 peratus daripada keuntungan selepas cukai HLCB.

Prestasi kewangan bahagian broker sahamnya terjejas oleh aktiviti pasaran Bursa Malaysia yang lemah pada separuh pertama 2023, dengan nilai dagangan masuk 33.6 peratus lebih rendah tahun ke tahun.

Sentimen pasaran bagaimanapun mula bertambah baik pada suku kedua tahun kewangan 2023 terutamanya padaNovember dan Disember di mana aktiviti meningkat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menarik penyertaan yang lebih baik secara menyeluruh daripada pelabur peruncitan dan institusi tempatan.

Kong Khoon berkata, dalam usaha untuk mempelbagaikan perniagaan, kumpulan telah meningkatkan aliran pendapatan yang lain seperti Niaga Hadapan dan perdagangan Saham Asing yang menyaksikan pertumbuhan hasil sebanyak 5.1 peratus tahun ke tahun.

Selain itu, perniagaan pengurusan dana HLCB yang dijalankan melalui anak syarikat kami, Hong Leong Asset Management Berhad (HLAM) dan anak syarikatnya, Hong Leong Islamic Asset Management Sdn. Bhd. (HLISAM) mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM4.9 juta.

“Ia merekodkan penurunan sebanyak 58.2 peratus tahun ke tahun  disebabkan aliran keluar yang besar dalam dana pasaran wang runcit kami berikutan penebusan didorong oleh gabungan penghapusan pengecualian cukai dan kadar faedah deposit tetap yang kompetitif,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN