Gardenia anjur Program Amalan Pemakanan Sihat

Gardenia anjur Program Amalan Pemakanan Sihat

MAJLIS penyampaian hadiah kepada pemenang tempat kedua pertandingan mencipta resipi sihat anjuran Gardenia Bakeries, SMK Paka, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps telah mendorong seramai 110,000 pelajar dan guru sekolah menengah ke arah kehidupan sihat.

Program yang menerima sokongan Kementerian Pendidikan itu telah melabuhkan tirainya dengan pengumuman pemenang dalam majlis penutup yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar) Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainudin Mohamad dan Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Lavinia Anthony.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka dinobatkan sebagai juara setelah berjaya melepasi saingan sengit di antara 100 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung dalam menghasilkan resipi sihat yang paling kreatif menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps.

Zainudin Mohamad berkata, Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps adalah usaha yang baik bagi menerapkan tabiat pemakanan sihat pada peringkat awal kehidupan seawal sekolah menengah.

“Ini peringkat di mana mereka mula belajar dalam menyediakan makanan mereka sendiri.

“Jadi, inilah masa terbaik untuk memperkenalkan mereka dengan Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps mendapat sokongan yang memberangsangkan dengan penyertaan daripada 100 buah sekolah menengah dari seluruh Semenanjung meliputi bahagian Sentral, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

SMK Bukit Baru, Melaka muncul juara.

Sementara itu, Lavinia berkata, objektif utama program tersebut adalah untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat di kalangan pelajar dimana poster dan sepanduk tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat dipamerkan di sekitar perkarangan sekolah sebagai peringatan kepada pelajar tentang tabiat pemakanan sihat.

“Disamping penerapan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pihak Gardenia Roll-Up Wraps berhasrat dapat menggilap kreativiti para pelajar sewaktu penghasilan resipi dan pada masa yang sama, meningkatkan kemahiran hidup termasuk kemahiran memasak dan kerjasama dalam pasukan,” tambahnya.

Setiap kumpulan terdiri daripada seorang guru yang mengiringi dua orang pelajar yang bekerjasama dalam mencipta hidangan berkhasiat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps.

Berdasarkan tema ‘Amalan Pemakanan Sihat’, para peserta dikehendaki merekacipta resipi dan merekodkan proses penyediaan dalam bentuk video yang menarik dan dihantar bersama laporan untuk proses penilaian.

Bagi kategori individu, semua ahli sekolah menengah yang mengambil bahagian berpeluang menyertainya. Seramai 10 pemenang individu terpilih berjaya membawa pulang hadiah RM100 setiap seorang.

Hadiah pertama disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka dengan kemenangan berjumlah RM3,000.

Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Terengganu merangkul tempat kedua dengan hadiah RM2,000 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis telah berjaya memenangi tempat ketiga dengan kemenangan RM1,500.

Disamping itu, lima buah sekolah lagi yang telah berjaya mara ke pusingan akhir juga membawa pulang RM500 setiap kumpulan sebagai hadiah saguhati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN