Gamuda Land sasar 800,000 pengunjung SplashMania tahun ini - Utusan Malaysia

Gamuda Land sasar 800,000 pengunjung SplashMania tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taman tema air SplashMania berkeluasan 6.47 hektar yang dibina Gamuda Land di Gamuda Cove, Banting, dekat sini dijangka menarik seramai 800,000 pengunjung tahun ini. 

Lebih 2,200 pengunjung telah menjejakkan kaki buat pertama kali pada pelancarannya, kelmarin. 

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, pengunjung turut merasi pengalaman menuruni gelongsor multimedia dan audio, Shaka Waka yang dilengkapi dengan cahaya LED pertama seumpamanya di Malaysia. 

“Sebagai perancang bandar, Gamuda Cove bukan sahaja merangkumi projek kediaman, tetapi juga taman, pusat membeli-belah, tempat makan dan tempat bermain. 

“Taman tema air itu merupakan tambahan hebat dalam senarai tawaran pembuatan tempat Gamuda Cove dan kami sangat teruja untuk menawarkan layanan ‘Where Nature Meets Fun’ SplashMania kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Pengurus Besar (riadah dan hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah berkata, menerusi teknologi seperti aplikasi Google Play, ia bukan sahaja membantu mencipta pengalaman lebih selamat untuk tetamu, tetapi juga memberikan pengalaman yang lancar. 

“Proses mengumpul dan membayar pas boleh dilakukan dengan pantas sebelum ketibaan sambil membolehkan pengunjung tidak perlu beratur panjang apabila memesan makanan dan minuman mereka secara dalam talian. 

“Kami yakin tawaran yang disediakan dapat mencetuskan pengalaman menyeronokkan, tidak dapat dilupakan dan selamat untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur,” katanya. 

Pengunjung boleh menikmati harga promosi awal bermula pada RM63 untuk kanak-kanak dan warga emas, manakala dewasa dan mereka yang berketinggian melebihi 120 sentimeter boleh membeli tiket pada harga RM79 mulai sekarang hingga 31 Mac 2023. 

SplashMania dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari, selain daripada Selasa melainkan ia jatuh pada hari cuti umum atau cuti sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya