Ekonomi malaysia berkembang perlahan suku keempat 2022

Ekonomi Malaysia berkembang perlahan sebanyak 7 peratus suku keempat 2022

Malaysia merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tujuh peratus pada suku keempat 2022. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan pada suku keempat 2022 sebanyak tujuh peratus berbanding suku ketiga tahun sama sebanyak 14.2 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, ia berikutan sokongan daripada langkah-langkah rangsangan dan kesan asas rendah yang berkurang.

“Pada tujuh peratus pertumbuhan ini masih melebihi purata pertumbuhan jangka panjang iaitu, 5.1 peratus.

“Aktiviti sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta disamping penggunaan swasta yang terus meningkat didorong terutamanya oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Akhbar Prestasi Ekonomi Suku Keempat Tahun 2022, di Sasana Kijang, BNM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, pertumbuhan eksport keseluruhan menjadi sederhana sejajar dengan permintaan luaran yang semakin lemah di mana perkara berkenaan sebahagiannya diimbangi oleh prestasi eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) yang berdaya tahan serta aktiviti pelancongan yang lebih giat.

“Sektor perkhidmatan dan perkilangan akan terus memacu pertumbuhan. Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi mencatatkan penurunan sebanyak 2.6 peratus.

“Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN