Dua pekerja KRS terima Pingat Jasa Kebaktian

Dua pekerja KRS terima Pingat Jasa Kebaktian

TENGKU Imran Tengku Putera (kanan) dan Muhammad Fazree Ilzid Mohd. Yazid bersama Pingat Jasa Kebaktian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pekerja Klana Resort Seremban (KRS) dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) bersempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-75, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pengurus Besar Klana Resort Seremban, Ujar Yazid berkata, dua pekerja tersebut adalah Tengku Imran Tengku Putera, 35, dan Muhammad Fazree Ilzid Mohd Yazid, 29, yang merupakan penyelia di Jabatan Makanan & Minuman (F&B).

Katanya, mereka menerima anugerah masing-masing dalam majlis penyampaian pingat dan darjah kebesaran sesi ke-2 yang diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah semalam.

‘Ini adalah penghargaan yang besar buat warga Klana Resort Seremban oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kepada dua orang pekerja barisan hadapan kami.

“Mereka merupakan pekerja yang mempunyai banyak pengalaman dan telah memberikan sepenuh komitmen kepada tugas bukan sahaja di hotel malah telah menjadi pasukan pramusaji kepada pihak istana setiap kali tibanya Hari Keputeraan dan majlis-majlis rasmi yang lain selama bertahun-tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ujar berkata, Klana Resort Seremban juga telah menjadi katerer rasmi bagi Majlis Santapan Negeri saban tahun dan beliau amat menitikberatkan kualiti dalam setiap aspek perkhidmatan.

Sementara itu, Tengku Imran dan Muhammad Fazree berkata, mereka tidak pernah terlintas sama sekali akan menerima anugerah daripada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selama hampir 10 tahun berkhidmat di Klana Resort Seremban.

Mereka juga berharap agar lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang perhotelan kerana banyak pengalaman dapat diteroka. Tambahan pula, sektor perhotelan sedang menuju ke fasa pemulihan selepas pandemik dan tenaga kerja adalah amat diperlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN