CARSOME teroka pasaran selepas jualan

CARSOME teroka pasaran selepas jualan dengan pelancaran pusat servis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CARSOME, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, meneroka pasaran servis kereta selepas jualan dengan pelancaran Pusat Servis CARSOME.

Syarikat tersebut telah memulakan operasi di dua buah Pusat Servis CARSOME di lokasi strategik iaitu Petaling Jaya dan Ampang.

Menurut syarikat itu, para pemilik kereta boleh membuat temujanji untuk pemeriksaan kali pertama melalui laman web CARSOME.

Selain memenuhi keperluan pembeli kereta terpakai dari syarikat, Pusat Servis CARSOME juga boleh memberi perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang mencari kemudahan penyelenggaraan kereta, katanya.

“Menurut data CARSOME, 80 peratus daripada kereta CARSOME telah melepasi tempoh jaminan sah lima tahun mereka.

“Keadaan ini membayangkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk pemilik kereta perlu menjalankan servis kereta mereka di bengkel biasa berbanding pusat servis yang dibenarkan,” katanya.

Pusat Servis CARSOME telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Petaling Jaya.

Dalam ucapannya, Lih Kang mengalu-alukan pelancaran Pusat Servis CARSOME sebagai penyelesaian yang memberikan kepercayaan, pilihan, ketelusan dan kemampuan kepada pengguna.

“Apa yang dahulunya menjadi amalan tradisional dalam servis dan penyelenggaraan kereta, kini akan menjadi lebih mudah dengan pengalaman digital yang dipertingkatkan.

“Saya yakin bahawa dengan pengembangan ini, CARSOME akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk juruteknik dan pakar mahir bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor ini,” katanya.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng berkata, Pusat Servis CARSOME menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai untuk penyelenggaraan kereta yang mudah dan
tanpa kebimbangan.

“Kami komited untuk mengurangkan ketidakpastian yang terpaksa dilalui oleh para pemilik kereta untuk mendapatkan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang boleh dipercayai, berpatutan dan boleh diharapkan.

“Kami menyediakan platform tempahan digital yang telus, disokong oleh piawaian dan pakar CARSOME sebagai pusat penyelesaian sehenti untuk pemilik kereta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN