PETALING JAYA: Pelbagai inisiatif dan bantuan bakal dilaksanakan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat ini. Kementerian Kewangan dalam ciapannya di Twitter berkata, perlindungan kehidupan dan pemulihan mata pencarian merupakan antara fokus utama dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut MOF inisiatif dan bantuan yang bakal dilaksanakan itu merupakan usaha kerajaan Perpaduan dalam memperkasakan golongan B40 serta mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. “Ingin tahu lebih banyak inisiatif mengenai B40? Nantikan pembentangan Belanjawan 2023 dalam masa tiga hari lagi,” ciapnya, semalam. Terdahulu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya