Aset rizab rasmi Malaysia AS$115.16 bilion

Aset rizab rasmi Malaysia AS$115.16 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$115.16 bilion pada akhir Januari 2023 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$4.7 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$16.29 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara.

“Kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak AS$26.54 bilion pada akhir Januari 2023, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

Ujarnya, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.27 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$371.1 juta.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain,” katanya.

Bank pusat turut menjelaskan, BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Januari 2023 tetap boleh guna,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN