AmBank umum tiga pemenang London Fashion Week Campaign 2023 - Utusan Malaysia

AmBank umum tiga pemenang London Fashion Week Campaign 2023

Pengasas KLFW, Andrew Tan (kiri), Pengarah Urusan, Perbankan Runcit, AmBank, Aaron Loo (dua dari kiri) dan Ketua Segmen Pengedaran dan Pengguna Cawangan AmBank, Linda Wong (kanan) bersama pemenang Win a Trip to London Fashion Week Campaign 2023 pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara AmBank, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan kerjasama Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW),  AmBank telah mengumumkan tiga orang pelanggannya sebagai pemenang ‘Win A Trip To London Fashion Week Campaign 2023’.

Tiga pelanggan AmBank SIGNATURE Priority Banking (AmSPB) itu akan melakukan perjalanan selama tiga hari dua malam untuk menghadiri Minggu Fesyen London, termasuk tiket penerbangan pergi balik kelas perniagaan, tempat tinggal di hotel, sesi bimbingan pra-acara oleh Pengasas KLFW,  Andrew Tan dan dua pas setiap seorang untuk menghadiri salah satu pertunjukan LFW. 

Antara pemenangnya adalah Tan Ching Hoeng dari Kuala Lumpur, Norzalifah Zainal dari Johor dan Pang Guat Goh dari Perak. 

Pengarah Urusan Perbankan Runcit Ambank, Aaron Loo berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pemenang dan semua pelanggan atas kesetiaan dan sokongan yang tidak berkesudahan.

“Perkongsian kami dengan KLFW membolehkan kami membawa kepada pelanggan pengalaman sekali seumur hidup untuk menghadiri pertunjukan fesyen eksklusif di seluruh dunia.

“Kempen ‘Win A Trip To London Fashion Week’ itu menawarkan perjalanan yang menarik dan mengasyikkan untuk pelanggan AmSPB kami, membolehkan pemenang menyertai beberapa orang istimewa yang mempunyai akses kepada LFW. 

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan mengucapkan selamat bercuti ke London! 

“LFW adalah salah satu daripada banyak lagi acara dan kempen eksklusif yang AmBank akan tawarkan untuk menyokong tiga tonggak Perbankan Keutamaan AmSIGNATURE iaitu Gaya Hidup, Legasi dan Komuniti,” katanya dalam kenyataan. 

Kempen Win a Trip to London Fashion Week itu telah bermula pada 1 Julai 2022 dan berakhir pada 30 November 2022, bersempena dengan Minggu Fesyen KL 2022. 

Ia bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan AmBank yang dihargai apabila mereka mendaftar untuk keahlian AmSBP atau melakukan transaksi semasa tempoh kempen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.