AirAsia X kembali ke Busan, Korea Selatan - Utusan Malaysia

AirAsia X kembali ke Busan, Korea Selatan

BENYAMIN Ismail (empat dari kiri) ketika majlis menyambut penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Busan, Korea Selatan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia X (AAX) terus mengembangkan perkhidmatan penerbangannya ke Korea Selatan dengan pelancaran semula laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Busan, menghubungkan bandar pelabuhan terbesar di negara ini dengan Asia Tenggara dan seterusnya, bermula hari ini.

Penerbangan sulung tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada pukul 2.10 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada pukul 9 pagi hari ini. 

Sempena sambutan perkhidmatan penerbangan ini, para semua tetamu dalam penerbangan sulung telah dihantar oleh Ahli Lembaga Pengarah AAX, Datuk Fam Lee Ee dan Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia, Benyamin Ismail. 

Sebagai destinasi ke-15 syarikat penerbangan itu dan yang kedua di Korea Selatan, penerbangan tiga kali seminggu ke dan dari Busan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan perjalanan baharu dan mengukuhkan AAX sebagai peneraju pasaran di Asia Utara melalui tambang bernilai terbaik serta memacu persaingan yang lebih hebat.

Benyamin berkata, pihaknya teruja untuk memulakan semula laluan terkenal ini dan bangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Busan, sebuah bandar yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. 

“Mulai hari ini, perjalanan udara antara Busan dan Kuala Lumpur kini lebih mudah dan berpatutan, memberikan rangsangan yang dialu-alukan untuk pelancongan dan ekonomi tempatan.

“Berserta laluan sedia ada kami ke Seoul, pengumuman hari ini mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami di Korea Selatan dan meningkatkan kapasiti keseluruhan kami ke Asia Utara – pasaran kami yang paling pesat berkembang. 

“Kami akan terus mencari peluang pengembangan pada masa hadapan dan bekerjasama dengan BTO untuk mempromosikan destinasi ini secara global dan menggiatkan industri pelancongan di Busan,” katanya dalam kenyataan.

Presiden Pertubuhan Pelancongan Busan, Jung-Sil Lee berkata, permulaan semula perkhidmatan ini menyokong misi untuk membina asas pelancongan mampan dengan memberi tumpuan kepada penerbangan ke laluan paling popular terlebih dahulu dan menyokong sektor pelancongan Busan yang terkenal dengan sejarah, budaya, juadah dan seni tempatannya.

“Busan juga turut dinamakan sebagai salah satu daripada 25 Destinasi Pelancongan Terbaik di Dunia pada 2023 oleh National Geographic berikutan bandarnya yang mempunyai budaya dan tawaran pelancongan yang menakjubkan. 

“Selaras dengan pengiktirafan ini, kami berharap dapat bekerjasama dengan AAX untuk meningkatkan permintaan pelancongan di Busan dan menarik pengembara bukan sahaja dari Malaysia malah negara Asia Tenggara lain yang kini boleh terbang ke bandar ini dengan mudah dan berpatutan melalui Kuala Lumpur,” ujarnya.

Untuk meraikan perkhidmatan penerbangan ke salah satu destinasi paling popularnya, AAX menawarkan tambang bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Busan daripada RM539/KRW139,000 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM1,999/KRW499,000 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya